Jumaat, 7 Februari 2014

Masjid menjana ekonomi ummah

7 Rabiulakhir 1435H    7 Februari 2014


Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya) (Al Jumuah:9)

Salam Jumaat,hari nie aku g solat Jumaat kat Masjid Sultan Mizan a.k.a  masjid besi. Ada jualan pelbagai jenis barangan.mcm nie lah baru boleh menjana ekonomi umat islam

Ramai juga org yg berniaga.Pengunjung pun ramai juga.Hari Jumaat kan. Kebayakkannya kakitangan awam tapi ada juga pekerja Swasta yg solat disini


Tue dia....gerai Pati Minyak Wangi tanpa alkohol  Macam2 haruman boleh didapati.Dijual dlm botol kecil 10ml.Senang dibawa kemana2 saja.


Keropok keropok kopok ganu kopok ganu... mari beli mari beli tak yah g ganu kat masjid besi pung ada.Memang terbaiklah akak nie. Ada keropok keping ikan tambam n parang,keropok lekor bukit tok beng, ada karipap ikan ganu dan kuih akok

Abang nie pulak jual kopiah,kain sarong, kurta, baju dan minyak wangi.Macam2 jenis kopiah ada pilih saja mana yg berkenan

Semangat mcm nie yg kita mahu. Walaupun Abg nie boleh dikateogerikan sebagai OKU,tetapi abg nie ada intensif untuk memajukan diri.Tak mengharap simpati org,berusaha mencari rezeki yang halal.Abg nie menjual replika kapal terbang,macam2 jenis ada.Siapa yang berminat boleh lah membeli koleksi kapal terbang dengan abg nie.Selain kapal terbang ada gak model2 kereta n motorsikal yg dijual.Aku pernah gak beli dulu tapi arie nie aku tgk jer lah x da yg berkenan dihati hehehehehehehe

Abang nie pula menjual Jus Kismis GingkoAda tester lg tue.Boleh tahan lah sedap nya.Apa yang bagusnya Jus Kismis Gingko nie


Kelebihan Jus Kismis Gingko
  • meningkatkan daya ingatan pada minda
  • memperbaiki peredaran darah
  • menghilangkan tekanan(stress)
  • meningkatkan daya tumpuan kpd mereka yg sibuk
Nabi S.A.W bersabda :
 "Biasakanlah memakan kismis kerana ia dapat menghilangkan kepahitan, menyihatkan badan,menyerikan muka,menguatkan saraf dan menghilangkan penat







Tiada ulasan:

Catat Ulasan