Khamis, 6 Februari 2014

Curi dari blog http://mommyrinduqhalif.blogspot.com/2013/03/2-februari-2013-anakanda-yang-ditunggu.html

2 FebRuARi 2013

2 Februari 2013


Anakanda yang ditunggu selama 37 minggu...atau lebih tepat 9 bulan 10 hari sebenarnya telah selamat dilahirkan ke dunia...En somi membisikkan 'Qhalif dah kuar la,mami..syukur'...terdengar nada ceria di situ...Daddy memang menunggu sang puteranya untuk di ajak bermain pistol dan juga bola sepak...

Qhalif Putra Mohammad Shaiful dilahirkan secara normal tepat jam 0938am Sabtu 2 Februari 2013 bersamaan 21 Rabiulawal 1434Hijrah..anugerah terindah buat mami dan daddy..


Syukur ya Allah..anak ini telah membuatkan diriku alpa tentang sakit bersalin..yelah,orang cakap bersalin tu pertarungan nyawa...entah mengapa,sukar untuk ku ceritakan atau nyatakan sakit itu setelah melihat Qhalif diletakkan atas perutku...rasanya,sakit dijahit di bahagian 'itu' lebih kuat daripada sakit bersalin..Alhamdulillah...Walaupun banyak rentetan peristiwa yang agak mengecewakan diriku dan suami semasa semua proses kelahiran Qhalif berlaku, biarlah mami kunci dan semat di dalam hati sahaja...tambahan melihat Qhalif yang tenang dalam dakapan sedang menyusu ketika itu,membuatkan kami lupa pada perkara yang lain melainkan kesyukuran pada Maha Pencipta

Rindu dirimu sayang...

1st 5 Days @ NICU



Beberapa minit selepas dilahirkan, doktor memaklumkan sayang terpaksa ditempatkan di NICU kerana terdapat selaput darah di bawah kulit kepala atau hemmorhage..Penjelasan doktor bahawa keadaan itu tidak membahahayakan nyawa, bersyukur mami kerana ia melegakan sedikit kegalauan hati. Namun,mami berpeluang menyusukan sayang selama sejam setelah sayang diazankan dan dibersihkan..bestnye perasaan itu dapat menatang sayang masa tu..Mami sentiasa melawat sayang di NICU bila tiba waktu melawat namun tidak dibenarkan memelukmu atau menyusukanmu untuk 3 hari pertama.



Air mata mami tak dapat disekat bila melihat Qhalif dalam inkubator, diam kaku kerana wayar yang doktor masukkan ke mulut & hidung..Hati mami sayu melihat Qhalif berusaha untuk pulih..Mami pesan pada Qhalif, kuatkan semangat ye Qhalif..Mengertilah Qhalif  mami mahu melihat Qhalif cepat sihat..Melihat buah hati mami, mami bersyukur inilah anugerah Allah buat mami..



Pada hari ke3, bersyukurnya dan gembiranya mami kepada Allah, dengan khabar dari doktor yang menyatakan Qhalif stabil..Melihat pergerakan sayang lebih aktif, mami mampu tersenyum. Mami melihat setiap inci tubuh kecil Qhalif...Subhanallah, cantik dan sempurnanya anugerah Allah ini pada mami.


Ikut hati mami dan daddy, nak je kitorang memeluk dan mencium Qhalif. Apakan daya kami, keadaan Qhalif tidak mengizinkan..Mami dan daddy hanya mampu melihat jururawat yang menguruskan Qhalif..Bertambah perit melihat kesan dan bekas tusukan jarum pada kedua dua belah tangan dan tapak kaki sehingga lebam..Air mata mami tumpah lagi..
Hari ke4, khabar gembira daripada doktor bahawa selaput darah sudah hilang namun Qhalif perlu dipantau lagi kerana terdapat sedikit kuning namun tidak kritikal...Mami gembira diberi peluang untuk memeluk Qhalif. Namun yang paling penting, mami dapat menyusukan Qhalif dengan susu badan.. Sebelum mami balik, mami peluk cium Qhalif..hati sayu melihat anak mami tenang, tapi kali ini mami tidak menangis seperti hari sebelumnya..



Daddy pun happy sangat sebab dapat peluk dan cium Qhalif .macam tak percaya,anak yang selama ini asyik menendang perut dan beri respons bila dipanggil 'Qhalif',kini dah berada diribaan..



Allah..Bahagianya perasaan ini...Syukur ke hadratMu...



Hari ke5, mami dan daddy membawa harapan dan berdo'a supaya Qhalif dapat discaj hari ini..Akhirnya,doa’a mami dimakbulkan Allah petang itu..Doc yang merawat Qhalif memberitahu,jika Qhalif boleh menyusu dengan baik, dia benarkan Qhalif ikut mami dan daddy balik ke rumah kita..Alhamdulillah, Qhalif anak  yang mendengar kata...Tidak dapat dibayangkan betapa gembiranya hati mami ketika itu...



Petang 6 Februari, akhirnya Qhalif home sweet home....
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan