Isnin, 17 Februari 2014

coretan mami qhalif

NICU again..

NICU again...

21 Februari..setelah Qhalif menerima oksigen, Qhalif kena msuk NICU..
Nurse minta mami dan daddy tunggu di kaunter sementara doc pakar observes keadaan Qhalif..sejam menunggu nurse panggil sbb doc nak jumpa..baru je doc nak buka mulut,tiba2 jantung Qhalif drop..doc minta mami daddy ke depan dahulu..masa tu hati mami dah berdebar2...berdo'a agar semuanya baik2 belaka...

Setelah hampir sejam menunggu doc datang berjumpa mami dan daddy..tengok air muka doc dari jauh, ada sesuatu yang tidak enak bakal mami dan daddy terima...

Mami dan daddy diuji lagi...dengan nada tenang doc memaklumkan Qhalif sebenarnya dalam keadaan yang sangat tenat dan kritikal..Masya Allah..mami rasa macam nak meraung tapi mami tahankan perasaan cuma air mata yang mengalir terdiam mami tidak terkata apa2..doc menerangkan keadaan Qhalif dan cuba buat yang terbaik..dan yang buat mami dan daddy ralat,doc memaklumkan ini sebenarnya ada kaitan dengan telinga Qhalif yang keluar cecair tu...

(Dalam sistem data,rupa2nya sudah dikesan ada sejenis virus yang sangat berbahaya yang boleh membunuh jika sudah menyerang otak..keputusan ENT sudah dapat setelah sampel diambil 15 Februari lalu tapi kenapa kena tunggu tarikh apointment jugak baru nak bagitau?tu yang mami kesal sangat...)

Mami dan daddy terus dibawa berjumpa Qhalif..luluh hati mami melihat begitu banyak wayar yang berselirat pada tubuh Qhalif...mami menangis pada waktu tu juga..mami dan daddy tidak dibenarkan memeluk Qhalif..bimbang jangkitan akan memburukkan keadaan..

Mami hanya mampu berdo'a agar Allah mmberikan kesembuhan pada Qhalif..memang mami dalam keadaan terkejut sebab mami ingat Qhalif sakit biasa saja..tidak sangka mami diduga sebegini hebat...Allahuakbar
 
 
 
 

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

22 Februari.......Mami dan daddy menghabiskan masa bersama Qhalif pada waktu melawat...Tiada apa yang mami boleh buat melainkan tidak putus2 memanjatkan do'a agar semua ini hanyalah sementara..Nurse dan doc terus memantau dan sentiasa bersama Qhalif..

Setelah habis waktu melawat pukul 2, mami daddy pulang untuk makan dan daddy perlu solat..semasa otw pulang, pihak hospital telefon meminta mami dan daddy datang segera..hati mami bergelora semula..daddy terus membuat u-turn dan segera ke hospital..

Ditakdirkan Allah, sewaktu hujan mulai turun, mami dan dady terlibat dalam kemalangan sewaktu susur keluar ke Lebuh Sentosa menuju Jambatan Seri Saujana..kereta daddy telah melanggar sebuah kereta yang berhenti di susur keluar tersebut..menyirap darah mami,mujur mami dan dady tidak cedera cuma bimbangkan keadaan mami yang masih di dalam berpantang..Aduhai, berat sungguh dugaanMu Tuhan... 

Setelah diselesaikan secara baik dalam tempoh 10 minit, mami daddy meneruskan perjalanan ke hospital dengan perlahan dalam keadaan kereta yang kemek..akhirnya sampai juga dan mami melupakan semua kesakitan dan terus ke NICU..daddy terus ke Balai Polis berdekatan untuk melaporkan kemalangan tadi..

Doc menerangkan mereka memerlukan tandatangan kebenaran untuk menjalankan imbasan otak pada petang tu..setelah memaklumkan semua perkara, mami menjenguk Qhalif seketika..jam 430 petang, Qhalif akan menjalani pemeriksaan..mami kena tunggu luar..

Rakan2 mami sudah mula datang mengunjungi mami..walaupun tidak boleh menjenguk Qhalif,mereka datang memberi sokongan dan mendo'akan kesejahteraan Qhalif..mami berasa beban yang dipkul masa tu agak berkurangan bila ditemani rakan2 yang tidak putus2 memberikan sokongan...

Terima kasih para sahabatku termasuk majikanku Puan Salmiah yang terus datang walaupun penat kerana baru habis bermesyuarat di Jabatan.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan