Khamis, 28 Julai 2011

Demam Bolasepak Malaysia kembali.............

Sekalung tahniah diatas kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan yang telah berjaya membenam skuad bola sepak dari negara jiran iaitu Indonesia dengan jumlah jaringan yang disifatkan sebagai ‘garang’ pada perlawanan akhir . Ini membuktikan  Malaysia telah melalui proses tranformasi untuk mengembalikan kegemilangan zaman silam setelah muncul juara Piala Suzuki AFF 2010. Persoalannya sekarang mampukah skuad Harimau Malaya ini mengekalkan rentak kemenangan di peringkat antarabangsa. Apa yang dilihat lebih penting ialah semangat dan daya juang yang tinggi, meyakinkan saya bahawa maruah bola sepak negara kembali gah dan ditambah pula dengan semangat 1 Malaysia yang jelas terpancar dalam skuad bola sepak negara.
Malam ini sekali lagi skuad Harimau Malaya diuji oleh negara jiran iaitu Singapore dalam langkah menuju ke pentas bolasepak Piala Dunia.Semangat memenangi Piala Suzuki AFF 2010 haruslah dikembalikan. Walaupun ketinggalan defisit 2 gol, penyokong2 Harimau Malaya dan juga rakyat Malaysia tetap yakin skuad Harimau Malaya kali ini mampu mengatasi skuad Singapore yang hampir 80% dibarisi oleh pemain import yang diberi kerakyatan.Ini terbukti apabila tiket perlawanan telah habis dijual sehari sebelum  perlawanan berlangsung.
Harapan saya pada malam ini,agar pemain-pemain Malaysia bermain dengan lebih baik dari perlawanan yang berlangsung di Singapore.Barisan pertahanan yang di lihat begitu serabut pada perlawanan pertama,haruslah dimantapkan.Dengan kembalinya Aidil Zafuan mengemudikan benteng pertahanan negara, saya yakin situasi kelam kabut semasa perlawanan pertama dapat diatasi.Walaupun kita kehilangan kapten pasukan ,Safiq Rahim,Saya yakin jurulatih Malaysia mampu mengatasi masaalah tersebut.Kita mempunyai ramai pemain di bahagian tengah yang berbakat dan berkualiti.Safee Sali telah membuktikan beliau antara penyerang terbaik yang dimiliki oleh Malaysia sekarang.Gandingan beliau dengan Norshahrul Idlan Talaha telah membawa kita memenangi Piala Suzuki AFF 2010 dan di harap gandingan ini akan di turunkan pada perlawanan menentang Singapore malam ini.
Kita nantikan sahaja aksi perlawanan malam ini.Semoga pasukan Malaysia mampu melangkah ke pusingan seterusnya. Bersama-sama kita nantikan ngauman HARIMAU MALAYA di Bukit Jalil AAAAAAAUUUUUMMMMMMMMMM.............28/7/2011... 10.51 am

Tiada ulasan:

Catat Ulasan