Jumaat, 21 Februari 2014

Qhalif Putra....Kau pergi jua

Wajahmu
Seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu
Mengapa sering terbayang dimataku
Sehingga terbawa didalam mimpiku

Sayangnya
Harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi
Kau pergi jua
Setelah cinta ku kini membara
Belum sempat kucurahkan kasihku
Kau pergi tak kembali... 


senyuman yang menggoda

comey nye dia

23 FEBRUARI 2013, 12.15AM .. Daddy n Mami redho diatas pemergian mu nak. Betapa saat itu hancurnya impian daddy, tanpa ku sedari manik manik jernih mula mengalir membasahi pipi.Di dalam hati  ku meraung meratapi pemergianmu.Buat seketika daddy dan mami melayani perasaan masing.Setelah daddy dapat menenangkan diri,daddy pergi mendapatkan mami.Daddy dapat melihat kesedihan yang menyelubungi diri mami.Dalam suasana yang pilu, daddy dan mami saling memberi kata kata semangat.Kami redha atas pemergian mu nak.

renungan yang mempersona
uwekkk
Setelah daddy n mami dapat menerima pemergian mu, doktor yang bertugas datang menerangkan prosedur yang perlu dilakukan.Selepas itu daddy n mami sibuk menelefon saudara mara n kawan2 memberitahu berita pemergian mu.Daddy bertanyakan kepada kawan2,siapa yang boleh menguruskan jenazah di Putrajaya. Akhirnya daddy dapat nombor telefon Ustaz Ashraf yang bertugas di Masjid Besi.
Hampir pukul 3 pagi urusan di hospital masih belum selesai.Daddy dah tak sabar untuk membawamu pulang kerumah buat kali terakhir.


Isnin, 17 Februari 2014

luahan hati mami.... 8 April 2013

44 Hari Berlalu..

Semalam sudah 44 hari berlalu...

Macam baru semalam je mami rasa Qhalif pergi...mami rasa macam bermimpi lagi...

22 Feb...
Jam 1130 malam..menerima panggilan dari pihak hospital meminta mami dan daddy segera ke hospital tatkala mami mmg berasa tidak sedap hati malam tu..
Mami terus kejutkan daddy yg sudah lena..Kami bingkas ke hospital malam itu menggunakan kereta kawan daddy yang dipinjam buat sementara waktu..Di dalam hati berdo'a semuanya ok...

Sampai di NICU..mami meminta daddy segera dulu ke dalam kerana langkah kaki mami terasa berat..ketika mami menolak pintu NICU mami nampak kelibat Dr Lydia dari kejauhan sedang mengatakan sesuatu kepada daddy sambil menggeleng2kan kepala..Ya Allah..inikah dugaanMu

Sampai di bilik yang menempatkan Qhalif,Dr Lydia menyalami mami dan meminta maaf..semua mesin yang menunjukkan bacaan Qhalif telah dropped pada jam 1130, mereka cuba untuk menyelamatkannya Qhalif tapi Allah lebih menyayanginya..

Mami hampir terjelepuk tapi mami kuatkan langkah kaki demi melihat wajah Qhalif..Tenang sungguh anak itu..mami terus mendapatkanmu nak...air mata mami tumpah...daddy juga menangis sambil memeluk mami...berat sungguh dugaanMu Ya Allah...

Qhalif...
Kau hadir membawa sinar kebahagiaan..
Kau pergi membawa pengalaman...
Kebahagiaan dan pengalaman paling indah buat mami dan daddy..
Bersemadilah dirimu dengan tenang
Sesungguhnya...mami redho..
Mami yakin dirimu pasti akan menggenggam tangan mami..
bila tiba masanya nanti...

coretan mami qhalif

NICU again..

NICU again...

21 Februari..setelah Qhalif menerima oksigen, Qhalif kena msuk NICU..
Nurse minta mami dan daddy tunggu di kaunter sementara doc pakar observes keadaan Qhalif..sejam menunggu nurse panggil sbb doc nak jumpa..baru je doc nak buka mulut,tiba2 jantung Qhalif drop..doc minta mami daddy ke depan dahulu..masa tu hati mami dah berdebar2...berdo'a agar semuanya baik2 belaka...

Setelah hampir sejam menunggu doc datang berjumpa mami dan daddy..tengok air muka doc dari jauh, ada sesuatu yang tidak enak bakal mami dan daddy terima...

Mami dan daddy diuji lagi...dengan nada tenang doc memaklumkan Qhalif sebenarnya dalam keadaan yang sangat tenat dan kritikal..Masya Allah..mami rasa macam nak meraung tapi mami tahankan perasaan cuma air mata yang mengalir terdiam mami tidak terkata apa2..doc menerangkan keadaan Qhalif dan cuba buat yang terbaik..dan yang buat mami dan daddy ralat,doc memaklumkan ini sebenarnya ada kaitan dengan telinga Qhalif yang keluar cecair tu...

(Dalam sistem data,rupa2nya sudah dikesan ada sejenis virus yang sangat berbahaya yang boleh membunuh jika sudah menyerang otak..keputusan ENT sudah dapat setelah sampel diambil 15 Februari lalu tapi kenapa kena tunggu tarikh apointment jugak baru nak bagitau?tu yang mami kesal sangat...)

Mami dan daddy terus dibawa berjumpa Qhalif..luluh hati mami melihat begitu banyak wayar yang berselirat pada tubuh Qhalif...mami menangis pada waktu tu juga..mami dan daddy tidak dibenarkan memeluk Qhalif..bimbang jangkitan akan memburukkan keadaan..

Mami hanya mampu berdo'a agar Allah mmberikan kesembuhan pada Qhalif..memang mami dalam keadaan terkejut sebab mami ingat Qhalif sakit biasa saja..tidak sangka mami diduga sebegini hebat...Allahuakbar
 
 
 
 

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

22 Februari.......Mami dan daddy menghabiskan masa bersama Qhalif pada waktu melawat...Tiada apa yang mami boleh buat melainkan tidak putus2 memanjatkan do'a agar semua ini hanyalah sementara..Nurse dan doc terus memantau dan sentiasa bersama Qhalif..

Setelah habis waktu melawat pukul 2, mami daddy pulang untuk makan dan daddy perlu solat..semasa otw pulang, pihak hospital telefon meminta mami dan daddy datang segera..hati mami bergelora semula..daddy terus membuat u-turn dan segera ke hospital..

Ditakdirkan Allah, sewaktu hujan mulai turun, mami dan dady terlibat dalam kemalangan sewaktu susur keluar ke Lebuh Sentosa menuju Jambatan Seri Saujana..kereta daddy telah melanggar sebuah kereta yang berhenti di susur keluar tersebut..menyirap darah mami,mujur mami dan dady tidak cedera cuma bimbangkan keadaan mami yang masih di dalam berpantang..Aduhai, berat sungguh dugaanMu Tuhan... 

Setelah diselesaikan secara baik dalam tempoh 10 minit, mami daddy meneruskan perjalanan ke hospital dengan perlahan dalam keadaan kereta yang kemek..akhirnya sampai juga dan mami melupakan semua kesakitan dan terus ke NICU..daddy terus ke Balai Polis berdekatan untuk melaporkan kemalangan tadi..

Doc menerangkan mereka memerlukan tandatangan kebenaran untuk menjalankan imbasan otak pada petang tu..setelah memaklumkan semua perkara, mami menjenguk Qhalif seketika..jam 430 petang, Qhalif akan menjalani pemeriksaan..mami kena tunggu luar..

Rakan2 mami sudah mula datang mengunjungi mami..walaupun tidak boleh menjenguk Qhalif,mereka datang memberi sokongan dan mendo'akan kesejahteraan Qhalif..mami berasa beban yang dipkul masa tu agak berkurangan bila ditemani rakan2 yang tidak putus2 memberikan sokongan...

Terima kasih para sahabatku termasuk majikanku Puan Salmiah yang terus datang walaupun penat kerana baru habis bermesyuarat di Jabatan.
 

Jumaat, 14 Februari 2014

Catatan dari mami Qhalif

Cairan Lendir a.k.a Nanah

Cairan / Lendir keluar dari telinga

Pagi Rabu 13 Februari.."mami, cer tengok telinga Qhalif ni.." suamiku menunjukkan ada cairan keluar dari telinga Qhalif selepas dimandikan..mami belek dan daddy bersihkan.."hmm..mungkin sebab kita mandikan dia air ada masuk telinga ni kot.."balasku...dalam hati risau gak..bila dah dibersihkan,cairan tu tak keluar dah..

Tapi menjelang petang,sewaktu nak mandikan Qhalif,cairan tu keluar lagi..bila dibersihkan ada campur warna merah..o oo,darah ke tu..mami dah tak sedap hati..daddy cakap kita tengok esok,kalau ada lagi,kita bawak g klinik..lagipun,nurse yang datang rumah untuk check up tu akan datang esok,so boleh bagitau dorang dan tanya pendapat..

Khamis, 14 Februari, cairan tu dah stop..Alhamdulillah..dalam hati leganya..nurse datang check up dan mami bagitau pasal condition tangan kanan Qhalif..nurse pun check dan dia pelik kenapa masa di hospital takde yang check ke sebab memang tangan Qhalif macam terkulai takut patah..dia assignedkan mami bawa Qhalif ke Klinik Kesihatan dan minta doc tengok lagi..

Mami kol daddy dan kami bawa Qhalif selepas nurse balik..di klinik Kesihatan, doc Hazlin yang baik hati tu cek dan terkejut dan dia minta mami dan daddy terus bawak Qhalif masa tu jugak..dia buat surat untuk kami refer ke Pakar Paed di Hospital..sampai hospital, kami serahkan surat pada nurse..tunggu dekat sejam jugak la kat bahagian Paed tu..akhirnya nurse keluar kat kaunter dan panggil kami..dia minta kami bawa Qhalif buat x - ray kat bhgn x-ray dan datang 2 minggu lagi iaitu 28 februari nnt untuk jumpa pakar semula..2 minggu lagi k..tangan anak terkulai tu..baby plak tu,bukan org dewasa..dah la tak dapat jumpa pakar at least dia tgk dulu ke dan bg pendapat ke,ni suruh kami buat terus x-ray dan balik....ni masalah etika lagi ni..rasanya kalo masalah birokrasi dapat dikurangkan di hospital kerajaan,mungkin esok pun boleh dapat result xray dan minggu depan boleh jumpa pakar tu..masyaAllah berat sungguh dugaan..tapi mami positif, in shaa Allah takde pe..

Berbalik kisah lendir tu,petang tu ada plak..esoknya Jumaat 15 Feb kami bawa sekali lagi ke KK dan doc refer kami ke pakar ENT di hospital..dia pun pelik, tak pernah jadi kes baby dalam hari a.k.a pantang bernanah telinga kecuali dia demam selesema atau batuk yang teruk..tapi Qhalif sihat je..menyusu semua ok..tak meragam dan sangat baik..

Kami pergi ke hospital selepas itu dan diminta datang jam 2.30 petang..selepas menunggu hampir sejam, dapatlah kami berjumpa dengan doktor..siap suruh kami ni gerak cepat sikit sebab dia kena panggil ke ER..(hmm..soal etika lagi..) doc hanya bersihkan dan ambil sikit sampel, beri antibiotik dan  minta kami datang seminggu lagi pada 22 Februari untuk tengok keputusan..tapi doc yg muda sesangat ni ckp sama macam doc di KK cakap,ni rare case untuk baby..dalam hati mami,'kalo dah kes terpencil macam ni,tak boleh ke ambil reaction cepat,sebab ni baby..tapi mami pikir2 balik,sbb dia baby la ssh nak diagnose keadaan dia..tapi at least pihak hospital boleh pantau kan..hhmmm..etika dan birokrasi lagi.'

Mami dan daddy pun balik dengan penuh persoalan di dada..Qhalif masih macam biasa...

Berbalik soal tangan kanan yang terkulai dan tiada respon tu,kami akhirnya bawa Qhalif ke Klinik Pakar Kanak2 Swasta sebab risau..manala tau kot patah ke,kita ni nak mandikan , nak pakaikan baju pun jadi terketar2 risau dan takut..takut akan mencederakan Qhalif..dan dalam masa 30 minit je kami dah dapat keputusan x-ray dan konsultasi dengan doc..Alahmdulillah tiada tulang yang patah dan doc cakap ini mungkin terjadi sewaktu dia nak lahir..mungkin disentap dan ada urat yang trauma..huhu..jadi tiada rawatan boleh diberikna kerana Qhalif masih baby..doc pesan usap perlahan2 sahaja supaya Qhalif boleh react...dan bila besar nanti kalo tiada perubahan,maybe kena terapi..takut lumpuh terus..huhu...walaupun agak gementar namun mami dan daddy hepi sbb takde tulang yang patah..tak la risau sangat masa nak mandi..balik tu dan setiap kali lepas mandi dan balik kerja pasti daddy akan urut perlahan2 dan eksesais terapi tangan dengan Qhalif..seronot je tengok 2 beranak tu hepi hour together2..

Persoalan di sini, kenapala sewaktu Qhalif dalam NICU dulu doc tak tengok perkara ni..tapi macam mami cerita dalam entri dulu..doc hanya akan pantau sebab utama seseorang baby tu diadmit ke situ..contohnya,kalo baby admit atas sebab kuning,dorang akan pantau kuning je..kalo sebab demam, demam je..macam Qhalif dulu,sebab hemmorahge atau selaput darah bawak kulit kepala, jadik doc observed tu je..even mami dah inform pasal tangan pun,doc test dan cakap ok jek..malah tak belek atau teliti pun..namun, mami ucap terima kasih pada doc Hazlin dan nurse yang keja kat KK..memamg baik dan teliti betul2..even dorang risau dan pelik tiada tindakan segera dari doc di pihak hospital..patutnya staff (esp the docs) yang kat hospital tu turun kat KK.belajar untuk berkomunikasi dan berhadapan dengan orang ramai...

Ni semua kerenah birokrasi...mami faham,ini prosedur tapi sebenarnya prosedur ni manusia yang buat dan cipta..manusia jugak boleh ubah..mami juga kerja yang deal dengan manusia..ada perkara yang mami kena skip bila melibatkan kecemasan dan urgent...duhai hati,bersabarlah kamu...ini semua ujian Allah..

After few days, akhirnya tangan Qhalif ada respon dah..Alhamdulillah..syukur padaMu Tuhan..tapi telinga Qhalif masih keluar lendir cuma dah berkurang..lega sikit hati mami dan daddy..namun, kami masih teruskan dengan anitibiotik yang diperskripsikan...harap2 akan stop lepas ni..
 
 
 
 

Tanda - Tanda Akhir

Hari demi hari,mami dan daddy lalui dengan penuh kegembiraan bersama Qhalif..Qhalif anak pertama dan sejak dari dalam kandungan lagi sangat baik sebab mami tidak mengalami apa2 masalah langsung termasuk alahan kecuali mami kena GDM..tu pun sebab faktor umur dan pemakanan mami..yela masa cuti sek tu dok rumah je mami asyik makan cokelat je dan sweet things...alhamdulillah selepas buat BSP, keadaan kembali normal dan mami kena diet control...

Anak yang baik ini sentiasa menghiburkan mami dan daddy dengan renungannya yang seolah2 faham apa yang diperkatakan mami dan daddy..Malah amat bijak bila namanya disebut dia akan memalingkan kepala mengikut arah dia mendengar namanya dipanggil..Qhalif Putra...
Renungan Qhalif


20 Februari, pernafasan Qhalif agak berbeza petang tu,macam orang susah sangat nak bernafas..malah perutnya agak membusung sedangkan hari2 sebelum tu tidak kelihatan seperti itu..mami kembali risau..malam tu Qhalif tidak tidur..dia tidak menangis kecuali bila punggungnya basah..daddy lah yang akan bangun untuk tukar lampin dan basuh poo Qhalif..mami dan dady pun bergilir2 tidur sebab Qhalif tidak tidur,dia hanya pejam mata sekejap dan terjaga..malah susu pun dia tak nak minum.dia biar mengalir di luar mulut..tangisannya pun tidak keluar seolah2 suaranya tersekat di kerongkong..dan nanah kembali ada setelah 2 hr stop...'nape ni nak..anak sakit ye?..'

21 Februari pagi2 mami dan daddy bawa Qhalif ke KK lagi..jumpa lagi doc Hazlin yang comel dan baik hati tu..dia cek Qhalif dan terkejut tengok Qhalif..dia cakap hr jumaat lepas perut Qhalif ok lagi tapi ni dah bengkak..dia cakap Qhalif ni sakit dan ada something wrong..dia urge kami segera ke hospital masa tu jugak setelah dia siapkan surat rujukan..

Kami ke ER..Qhalif begitu tenang tidur dalam dakapan mami..mami berdoa dan berzikir lagi..takde apa ni..sampai ER, mami minta daddy yang bawa Qhalif ke dalam sebab mami trauma dan tak sampai hati dengar Qhalif menjerit tangis kalo kena ambil darah lagi..selepas sejam mami menunggu di luar,daddy keluar dan ajak mami gerak ke NICu..Qhalif akan masuk hostel lagi..Daddy bagitau Qhalif diberi oksigen..dia kurang oksigen sebab tu dia macam susah nak bernafas...lega sekali lagi hati mami...
Bekalan Oksigen


 

Isnin, 10 Februari 2014

Daddy curi lagi :) dr http://mommyrinduqhalif.blogspot.com/search?updated-max=2013-03-23T12:27:00%2B08:00&max-results=7

 

 

RiNdU BeRtAnDaNg LaGi...

Hmm..mami sebenarnya baru nak biasakan diri berblogging ni(alamak,cikgu BM tp bahasa..ya ampunnn..)..dah lama nk buat blog(tiba2 teringat cool blog plak dah...) tp sbb sibuk dengan hal sekolah dan tahap 'M' yang sangat tinggi,maka paham2 je la...

Akhirnya, mami menulis a.k.a blogging kerana dirimu sayang, Qhalif Putra...mami menulis kerana mami mahu memori dan kenangan bersama Qhalif diabadikan dan dicoretkan(nak tulis diari mami malas)...sehingga suatu hr nnt bila mami tak mampu nak bercerita tentang dirimu nak, maka biarlah blog ini berbicara untuk menyuarakan kembali segalanya...

Setiap detik, saat, jam yang berlalu, mami sentiasa meRINDUimu nak...malah,ketika tidur pun mami mahu mengingatimu nak...Setiap kali usai solat, mami menyampaikan sepenuh pengharapan kepada Allah tempat kita berserah dan sebaik2 tempat memohon pertolongan agar rohmu sentiasa tenang di sana..ameen

Nannti kita sambung lagi dalam next entry ye....

Semoga kita bertemu di sana nannti..tunggu mami dan daddy ye..in shaa Allah




DeMam pAnAs a.k.a overwrapped 

 

 
 Asyik tido jer anak daddy nie

 Seronoknya bila Qhalif dah berada di rumah..dia anak yang baik..dia akan menangis bila diletak dan hanya diam dan terus tertidur dengan lenanya bila dipangku (rupa2nya itu petanda dia hendak 'pergi'.....bila dikenang, dia bagi mami dan daddy peluang untuk peluk dan belai dia sebelum dia 'pergi' jauh....)
Hari Jumaat 8 Feb, badan Qhalif macam panas mulai petang..mami ajak daddy pergi ke ER petang tu tapi nenek cakap "...takde pe tu,budak memang macamtu sebab pagi tadi dia baru kena cucuk BCG tu.."..tapi mulai maghrib sampai ke tengah malam, Qhalif non stop nangis,even dipeluk pun,dia masih menangis..menyusu pun tak nak..
Jam 12 tghmalam, mami paksa daddy bawak Qhalif ke ER...mami dah tak peduli sakit mami, yang penting Qhalif..lepas daftar, nurse cek temp 39.1 °C ,kena refer doc..mami bawak Qhalif dan kena interview oleh doc..pastu kena tunggu sebalik tirai sementara doc cek Qhalif..rupa2nya doc nak ambil darah,apa lagi menjerit bagai nak rak la Qhalif...mami rasa macam nak je terjah masuk dan ambil Qhalif bawa balik...tak sampai hati mami dengar,macam sakit sangat2..sampai sayup2 tangis tu,dah hilang suara...yela,lebam kat tangan dan kaki pn tak hilang lagi,dah nak kena cucuk lagi..tapi memikirkan kesihatan Qhalif 1st priority, mami tahan je perasaan kat sebalik tirai langsir tu sambil mundar mandir berselawat tenangkan perasaan...
selepas sejam, baru nurse panggil..bgtau Qhalif punya temperature dah back to normal..mungkin overwrapped (maksudnya banyak lapisan kain membaluti tubuh anak sehingga suhu badan dia meningkat)..Alhamdulillah syukur...tapi..doc bagitau,Qhalif kena admit NICU untuk observation 4 1 nite..reasonnya,jika sepanjang obsv tu temperature dia stabil,so dia boleh discaj (hopefully)...kalo temp dia turun naik dan menunjukkan demam, dia kena tahan lagi dan perlu diambil darah...tu yang mami takut sangat2...dalam hati tak putus2 berdo'a,moga dia ok..Qhalif anak yang baik...dia mesti sembuh..
Subuh2 3 a.m Sabtu 9 Feb, Qhalif admitted NICU dengan mami..daddy kena balik ambil barang2 Qhalif dan mami..bila kat kaunter NICU, mami informed doc yang bertugas tentang condition Qhalif dan tak lupa tangan kanan dia yang tak aktif..seolah2 terkulai..doc test dan cakap ok..mami diam lagi (dalam hati, ok ke tangan kanan tu tak respon?)bermulalah episod tak cukup tidur...mami tak berpeluang untuk buat apa pun..even nak ke tandas pun terpaksa mintak nurse tengok dia kejap..makan minum even tidur pun, mami tidur duduk..tidur ke?rasanya pejam mata je..makan ke?tak pun sbb bila Qhalif dalam ribaan,mami tak boleh gerak langsung,dia akan jaga dan menangis..huhu..kalo letak dia apatah lagi..letak dalam bekas pun bila doc datang check up dia..dan yang buat mami lega sikit, suhu badan dia normal bila setiap kali doc buat rondaan dan obsverved...
Mami juga ada maklumkan doc, lepas menyusu dia muntah..nak tahu doc jawab pe?...muntah plak..bukan muntah kot,muak je kot tu..apakah..takkan la mami tak bole beza muntah dan muak..took for granted betul la doc ni..dia anggap seolah2 kita ni mengada2..dia pantau untuk demam je..bukan nak tengok perkara lain..lepas doc cakap macamtu,mami pun diam je...ambil Qhalif dan terus peluk..malam tu jugak mami menangis dalam diam..'nape nak?anak nak bagitau mami apa ni?Ya Allah sembuhkanlah anakku..apakah petanda ni?nape anak nangis je ni?'..tik tok tik tok, masa berlalu begitu sahaja...
Akhirnya, lebih kurang pukul 1 a.m, after last check up,temp Qhalif maintain normal..alhamdulillah..doc maklumkan pada nurse untuk siapkan semua dokumen untuk discaj..pagi nanti bole keluar...akhirnya,dady datang jemput pukul 9am setelah siap semua.doc pesan jangan balut anak banyak sangat kain,cukup baju dan bedong je..Ok doc,noted...

    Yahoo balik rumah leh tido

Alhamdulillah, home sweet home again..bila dah balik rumah,baru la mami rasa lapar dan sakit..bidan yang datang urut, cek jahitan mami..dia cakap ada bengkak sikit dan nasihat,jangan banyak bergerak dah...mami senyum je (anakku sakit takkan ayah dia plak nak kena duduk dalam NICU tu..)..apa yang penting Qhalif dah sihat dan balik rumah..

Jumaat, 7 Februari 2014

Masjid menjana ekonomi ummah

7 Rabiulakhir 1435H    7 Februari 2014


Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya) (Al Jumuah:9)

Salam Jumaat,hari nie aku g solat Jumaat kat Masjid Sultan Mizan a.k.a  masjid besi. Ada jualan pelbagai jenis barangan.mcm nie lah baru boleh menjana ekonomi umat islam

Ramai juga org yg berniaga.Pengunjung pun ramai juga.Hari Jumaat kan. Kebayakkannya kakitangan awam tapi ada juga pekerja Swasta yg solat disini


Tue dia....gerai Pati Minyak Wangi tanpa alkohol  Macam2 haruman boleh didapati.Dijual dlm botol kecil 10ml.Senang dibawa kemana2 saja.


Keropok keropok kopok ganu kopok ganu... mari beli mari beli tak yah g ganu kat masjid besi pung ada.Memang terbaiklah akak nie. Ada keropok keping ikan tambam n parang,keropok lekor bukit tok beng, ada karipap ikan ganu dan kuih akok

Abang nie pulak jual kopiah,kain sarong, kurta, baju dan minyak wangi.Macam2 jenis kopiah ada pilih saja mana yg berkenan

Semangat mcm nie yg kita mahu. Walaupun Abg nie boleh dikateogerikan sebagai OKU,tetapi abg nie ada intensif untuk memajukan diri.Tak mengharap simpati org,berusaha mencari rezeki yang halal.Abg nie menjual replika kapal terbang,macam2 jenis ada.Siapa yang berminat boleh lah membeli koleksi kapal terbang dengan abg nie.Selain kapal terbang ada gak model2 kereta n motorsikal yg dijual.Aku pernah gak beli dulu tapi arie nie aku tgk jer lah x da yg berkenan dihati hehehehehehehe

Abang nie pula menjual Jus Kismis GingkoAda tester lg tue.Boleh tahan lah sedap nya.Apa yang bagusnya Jus Kismis Gingko nie


Kelebihan Jus Kismis Gingko
  • meningkatkan daya ingatan pada minda
  • memperbaiki peredaran darah
  • menghilangkan tekanan(stress)
  • meningkatkan daya tumpuan kpd mereka yg sibuk
Nabi S.A.W bersabda :
 "Biasakanlah memakan kismis kerana ia dapat menghilangkan kepahitan, menyihatkan badan,menyerikan muka,menguatkan saraf dan menghilangkan penat







Khamis, 6 Februari 2014

Curi dari blog http://mommyrinduqhalif.blogspot.com/2013/03/2-februari-2013-anakanda-yang-ditunggu.html

2 FebRuARi 2013

2 Februari 2013


Anakanda yang ditunggu selama 37 minggu...atau lebih tepat 9 bulan 10 hari sebenarnya telah selamat dilahirkan ke dunia...En somi membisikkan 'Qhalif dah kuar la,mami..syukur'...terdengar nada ceria di situ...Daddy memang menunggu sang puteranya untuk di ajak bermain pistol dan juga bola sepak...

Qhalif Putra Mohammad Shaiful dilahirkan secara normal tepat jam 0938am Sabtu 2 Februari 2013 bersamaan 21 Rabiulawal 1434Hijrah..anugerah terindah buat mami dan daddy..


Syukur ya Allah..anak ini telah membuatkan diriku alpa tentang sakit bersalin..yelah,orang cakap bersalin tu pertarungan nyawa...entah mengapa,sukar untuk ku ceritakan atau nyatakan sakit itu setelah melihat Qhalif diletakkan atas perutku...rasanya,sakit dijahit di bahagian 'itu' lebih kuat daripada sakit bersalin..Alhamdulillah...Walaupun banyak rentetan peristiwa yang agak mengecewakan diriku dan suami semasa semua proses kelahiran Qhalif berlaku, biarlah mami kunci dan semat di dalam hati sahaja...tambahan melihat Qhalif yang tenang dalam dakapan sedang menyusu ketika itu,membuatkan kami lupa pada perkara yang lain melainkan kesyukuran pada Maha Pencipta

Rindu dirimu sayang...

1st 5 Days @ NICU



Beberapa minit selepas dilahirkan, doktor memaklumkan sayang terpaksa ditempatkan di NICU kerana terdapat selaput darah di bawah kulit kepala atau hemmorhage..Penjelasan doktor bahawa keadaan itu tidak membahahayakan nyawa, bersyukur mami kerana ia melegakan sedikit kegalauan hati. Namun,mami berpeluang menyusukan sayang selama sejam setelah sayang diazankan dan dibersihkan..bestnye perasaan itu dapat menatang sayang masa tu..Mami sentiasa melawat sayang di NICU bila tiba waktu melawat namun tidak dibenarkan memelukmu atau menyusukanmu untuk 3 hari pertama.



Air mata mami tak dapat disekat bila melihat Qhalif dalam inkubator, diam kaku kerana wayar yang doktor masukkan ke mulut & hidung..Hati mami sayu melihat Qhalif berusaha untuk pulih..Mami pesan pada Qhalif, kuatkan semangat ye Qhalif..Mengertilah Qhalif  mami mahu melihat Qhalif cepat sihat..Melihat buah hati mami, mami bersyukur inilah anugerah Allah buat mami..



Pada hari ke3, bersyukurnya dan gembiranya mami kepada Allah, dengan khabar dari doktor yang menyatakan Qhalif stabil..Melihat pergerakan sayang lebih aktif, mami mampu tersenyum. Mami melihat setiap inci tubuh kecil Qhalif...Subhanallah, cantik dan sempurnanya anugerah Allah ini pada mami.


Ikut hati mami dan daddy, nak je kitorang memeluk dan mencium Qhalif. Apakan daya kami, keadaan Qhalif tidak mengizinkan..Mami dan daddy hanya mampu melihat jururawat yang menguruskan Qhalif..Bertambah perit melihat kesan dan bekas tusukan jarum pada kedua dua belah tangan dan tapak kaki sehingga lebam..Air mata mami tumpah lagi..
Hari ke4, khabar gembira daripada doktor bahawa selaput darah sudah hilang namun Qhalif perlu dipantau lagi kerana terdapat sedikit kuning namun tidak kritikal...Mami gembira diberi peluang untuk memeluk Qhalif. Namun yang paling penting, mami dapat menyusukan Qhalif dengan susu badan.. Sebelum mami balik, mami peluk cium Qhalif..hati sayu melihat anak mami tenang, tapi kali ini mami tidak menangis seperti hari sebelumnya..



Daddy pun happy sangat sebab dapat peluk dan cium Qhalif .macam tak percaya,anak yang selama ini asyik menendang perut dan beri respons bila dipanggil 'Qhalif',kini dah berada diribaan..



Allah..Bahagianya perasaan ini...Syukur ke hadratMu...



Hari ke5, mami dan daddy membawa harapan dan berdo'a supaya Qhalif dapat discaj hari ini..Akhirnya,doa’a mami dimakbulkan Allah petang itu..Doc yang merawat Qhalif memberitahu,jika Qhalif boleh menyusu dengan baik, dia benarkan Qhalif ikut mami dan daddy balik ke rumah kita..Alhamdulillah, Qhalif anak  yang mendengar kata...Tidak dapat dibayangkan betapa gembiranya hati mami ketika itu...



Petang 6 Februari, akhirnya Qhalif home sweet home....